1) Sila berpakaian kemas dan bersesuaian.
Bagi calon wanita, baju kurung selalu sesuai untuk banyak keadaan. Tambahkan dengan blazer berwarna gelap. Seluar panjang/skirt labuh melebihi paras lutut juga sesuai. Jika bertudung sila pakai dengan kemas di luar blazer (kalau dalam blazer dikira aksesori), jangan nanti tudung melilit-lilit tapi rambut terjulur di sana sini. Pakai kasut bertutup berwarna gelap setinggi 1-1.5 inci.
Jika memakai seluar panjang berkain lembut terutamanya berwarna putih/pastel janganlah pakai g-string dik ooi... interview ni acara serius , jangan sampai dipandang rendah interviewer. Penemuduga selalunya dua orang dan susah nak jumpa kombinasi penemuduga yang sama sama gatal. Stokin nipis warna hitam juga tidak sesuai. Euww ... very inviting! Dah dapat kerja nanti pakailah, kalau nak sangat.
Mekaplah sikit bagi nampak presentable. Takkan pucat lesi je nak menghadap bakal employer. Mekap nipis je bukannya mekap pengantin ber-kryolan bagai.
2) Datang awal 30 minit.
3) Datanglah ke tempat temuduga sendiri.
Sekurang-kurangnya jangan nampak kelibat mak ayah sekali di ruang menunggu tu. Tips ini aku pernah baca dalam sebuah akhbar. Bakal employer tak suka, nampak manja nau.
Kalau bagi alasan naik teksi/Uber sila semak kadar bayaran supaya tak kantoi.
4) Bermanis muka dengan semua orang.
Kita mungkin tak kenal sesiapa di lokasi temuduga. Manalah tahu kan yang dok angkat telefon tu anak si penemuduga yang bekerja part time selepas peperiksaan SPM.
Jangan pandang rendah kepada sesiapa. Datuk Jimmy Choo pun masih melutut membongkok memakaikan kasut pelanggannya. Siapalah kita ni ... baru nak memohon kerja saja.
5) Bawa sijil yang disusun kemas.
Elok susun sijil-sijil hebat anda menurut turutan di dalam clear folder (atau cara lain yang lebih menarik dan memudahkan). Hard copy is always relevant.
Datuk Abdul Jalil Ali, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf pernah berkata ada calon yang menggulung sijil mereka semasa datang temuduga. Kau rasa ..?? hahah ... Ada juga calon lelaki yang menghantar gambar berdiri dekat pasu bunga sewaktu menghantar permohonan kerja. Hahahah ... mampos ! Jangan buat begini tau!
Sila bawa pen.
Sila bawa pen.
6)) Cari pengalaman bekerja .
Teringat satu sesi interview lama dahulu dimana tiga lepasan universiti pemegang diploma dan ijazah bersaing dengan pekerja berpengalaman lain untuk mendapatkan kerja di sebuah institusi perbankan. Rasanya siapa yang dapat ? Kebanyakan syarikat sukakan bakal pekerja yang sudah tahu buat kerja. Mereka nak jimat masa dan kos melatih pekerja baru. Kalau boleh nak yang stress free.
Walaupun anda mendapat Anugerah Dekan di universiti anda sebenarnya KOSONG sewaktu memulakan pekerjaan.
7) Buat research mengenai syarikat tersebut.
Google-ing website rasmi syarikat tersebut mungkin tidak cukup. Forum atau bicara dari mulut ke mulut boleh menambah informasi.
8) Promosikan diri anda...
Sekiranya anda memiliki perniagaan online, nyatakan . Ia mungkin akan menjadi nilai tambah kepada diri anda. Orang berniaga ni ada kelebihan dalam purchasing/marketing/sales/customer service/kesabaran.
9) Bersedia dengan soalan lazim dari penemuduga.
Antara soalan yang biasa ditanya tentang kebolehan diri, kelemahan, kenapa mahu bekerja di syarikat baru, kenapa mahu meninggalkan syarikat sekarang, bolehkah bekerja dalam kumpulan, bagaimana anda melihat diri anda lima tahun akan datang dan sebagainya.
Jangan ingat si penemuduga habis membaca resume anda, tidak juga boleh beranggapan yang dia tak tahu lansung tentang anda. Sekarang ni pihak syarikat rajin juga 'mencari' anda di internet sebelum disenarai pendek ke sesi temuduga. Jaga jaga!
10) Biarkan penemuduga menghabiskan percakapan/soalannya.
Memotong percakapan adalah biadab terutama jika dalam situasi rasmi dan anda tidak mengenali mereka.
11) Tanyalah soalan yang berkaitan.
Ada soalan yang boleh ditanya yang mana akan menampakkan anda sangat berminat dengan kerja yang ditawarkan. Itu kena buat blog post lain ;))
12) Jangan minta gaji pengurus kalau pengalaman kerja pun tak ada.
Agak-agaklah minta gaji tu.. semak kadar gaji semasa untuk kerja yang anda pohon. Jangan minta terlalu rendah, jangan pula tinggi sangat. Terkejut penemuduga tu nanti. Aku bekerja 10 tahun di sini pun tak dapat gaji yang ko nak tu dik - kata si penemuduga dalam hati.
13) Gaji tak sepadan dengan kelayakan?
Jika anda rasa tidak berbaloi dan tertekan bekerja di Malaysia kerana gaji yang tidak sepadan dengan kos hidup yang semakin tinggi (harga minyak masak pun mencanak naik hingga RM7 sebotol!), bekerjalah dahulu di mana-mana untuk mencari pengalaman berharga. Mahirkan diri dalam bidang anda dan mohonlah untuk bekerja di luar negara.
Rasulullah pun berhijrah bila usaha dakwahnya sukar di Mekah. Sahabat Nabi Muhammad SAW pun bergerak jauh berniaga dan mengembangkan agama Islam. Kubur Saad bin Abi Waqas ada di Ghuangzhou sana. Kenapa tidak kita pula berhijrah?
Hujan emas di negara orang,
hujan batu di negara sendiri
kautlah emas di negara orang
Bawa balik, majukan negara sendiri.
Warga Malaysia sangat laku dalam bidang-bidang tertentu di luar negara. Selain faktor kepakaran, sifat kita lebih lembut dan kita orang Asia ni memang rajin bekerja terutamanya bila menjadi imigran (or expatriate). Kita pun selalu 'tidak kisah' - tak apalah harga barang naik janji tahun depan dapat BR1M lagi. Eh? Tak betul ke? :p
14) Abaikan barang-barang yang tak penting .
Sila matikan handphone anda. Sila buat research sebelum ke lokasi temuduga dan BUKANNYA bila sudah sampai di sana. Wechat/whatapps/facebook boleh dibuat selepas semuanya selesai. Tak payah nak selfie bagai . Ingat, mungkin anda sedang diperhatikan.
15) Akhir sekali...Usaha-doa-tawakal
Lakukan yang terbaik. Bacalah doa untuk hilangkan nervous. Tenang tenang aja. Seeloknya anda berlatih sesi temuduga dengan rakan dahulu. Mungkin dengan cara ini secara tak lansung dia akan bertanya soalan yang anda tak jangka pun akan ditanya.
Jika semasa masuk ke bilik temuduga anda mengucapkan salam atau selamat pagi, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada penemuduga apabila selesai urusan. Kembalikan kerusi kepada kedudukan asalnya.
Jika tiada rezeki anda bekerja di syarikat tersebut mungkin Tuhan mahu memberikan anda pekerjaan yang lebih baik. Sesuatu yang kita rasa baik mungkin tidak baik pada Allah. Hanya Dia yang lebih mengetahui. Ramai je orang bekerja dalam bidang yang berlainan daripada apa yang mereka pelajari di universiti.
Hingga kini masih terngiang di telinga kata-kata seorang professor yang menjadi Pengerusi PIBG di sekolah anak, "Ilmu yang anak kita dapat di universiti sepatutnya memampukan mereka untuk bertukar bidang".
No comments:
Post a Comment